January 24, 2009

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

April 20, 2008

Imran Ajmain - Sudah Tu Sudah

Dulu kau pernah bercinta
Dan menyerah segalanya
Pada seseorang jejaka

Pernahkah
Terlintas di kalbu
Nama sebenarnya
Ada udang di sebalik batu

Telah ada peluang pertama
Untuk kasih mesra
Apa yang engkau tertunggu-tunggu
Mengapa terburu-buru

Sayang
Yang sudah tu sudah
Nangis tidak berlagu lagi

Sayang
Yang sudah tu sudah
Bunga tiada bermadu lagi

Kini kau sudah dewasa
Jangan terlalu lama memikirkan
Apa yang sudah terjadi
Dalam dunia cinta
Yang patah pasti tumbuh
Yang hilang pasti berganti

Terlepaslah peluang pertama
Untuk kasih mesra
Apa yang kau tertunggu-tunggu
Mengapa terburu-buru

Sayang
Yang sudah tu sudah
Nangis tidak berlagu lagi

Sayang
Yang sudah tu sudah
Bunga tiada bermadu lagi

Harap ini jadi satu
Pelajaran bagimu
Berhati-hati bila kau
Bercinta…

Sayang
Yang sudah tu sudah
Nangis tidak berlagu lagi

Sayang
Yang sudah tu sudah
Bunga tiada bermadu lagi

Sayang
Yang sudah tu sudah
Nangis tidak berlagu lagi

Sayang
Yang sudah tu sudah
Bunga tiada bermadu lagi

October 31, 2007

Imran Ajmain - Seribu Tahun

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini

Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini

Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini…

Yeah…

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia…