January 24, 2009

Farah Asyikin - Hello

Hello

Dapatkah kau mendengarnya (Hello, hello)
Gelombang suara yang bergetar
Terjemahan luahan rasaku

Bagiku kau dan aku berasing dunia
Cinta menyatukan cinta
Juga bukannya segala

(Korus)
Dulunya kita bagai Romi dan Juli
Janji setia aaa
Bezanya kita bagai Zurah dan Marikh
Mengertilah hello hello

Hello
Gaya matangmu mempesona (Hello, hello)
Sikap keanakan mencelakan
Ku mual ku sesal ku sesal

Kau sering menyalahkan aku dan segalanya
Tak pernah kau terlihat seksismu yang tercabar

(Ulang korus)

Cerminkan dirimu
Rra retak beribu
Jarang pada kita begitu ketara
Helah dan caramu
Sering buatku kaku
Sememangnya kita berbeza
Berbeza

Bagiku kau dan aku berasing dunia
Cinta menyatukan cinta
Juga bukannya segala

(Korus 2)
Dulu kita bagai Romi dan Juli
Janji setia aaa
Kaburnya mata beza manikam jauhari
Terpatrinya cinta
Bezanya kita bagai Zurah dan Marikh
Perang dunia aaa
Panas bagai Sahara dan Antartik
Mengertilah

Hello… hello

October 16, 2007

Farah Asyikin - 1000 Penipuan

Selagi perkataan berputar alam
Curiga sandiwara kisah semalam

Yang ku cari kian hilang
Buat ku kebingungan
Yang aku tak mahu datang

Seringkali kau panggil aku
Kau tak peduli waktu tidur ku
Dan bekali-kali aku abaikan mu
Hentikanlah hentikanlah

Ku takkan peduli rayuanmu
Ku tahu bunga bicara cumbu
Yang benar hanyalah satu dalam
1000 penipuan mu

Cinta tersembunyi berbagai helah
Tembelang lama-lama berpecah belah

Ku takkan percaya
Dengan kata-kata
Selagi kau tak buktikan
Dengan kejujuran dalam perlakuan oh
Ku bukan mainan
Hentikanlah kejutan
Takkan berbunyi
Kalau kau bertepuk sebelah tangan…