October 16, 2007

Ella - Sekilas Cinta

Telapak tanganku masih menadah ke langit
Bilakah harinya nak hilang haus rindu
Makin aku hirup makin tak puas terasa
Malahan tak cukup sungai nak ditambah lautan

Cinta bukan sebarang cinta
Cinta bertingkah gelap cahaya
Cinta bukan sebarang cinta
Cinta bersenda nafas dan nyawa

Biarpun dekat ku masih andaikan kau jauh
Sekilas hati ku sedetik baru sampai
Sepatutnya jalan kita dah lama sekata
Tiada antara ruang dan jarak dan masa

Mari kasih kita berjanji
Kiranya kau sedia
Mari kasih kita bersama
Runtuhkan di dinding rahsia kita

Mari kasih kita berjanji
Kiranya kau damba
Mari kasih kita berjanji
Kiranya kau cinta

Cinta bukanlah sebarang cinta
Cinta bertingkah gelap cahaya
Cinta bukan sebarang cinta
Cinta bersenda nafas dan nyawa

January 20, 2006

Ella - Teruja

Selepas tangis
Ilham pun mengintai
Melontar kata
Buat aku terfikir

Selepas hujan
Hari nampak berseri
Menggilap cermin hidup
Buat aku sedar

(Korus)
Harus bangkit semula
Sampai hatimu memandang ku
Teruja…
Baru kau tahu tinggi langit
Dicabar cinta
Teruja…

Belaian angin
Bisa jadi ribut
Halus budi wanita
Bisa jadi keras

Bagai gelora
Merubah sempadan
Aku merintis
Dunia baru

(Ulang korus 2x)

Ella & Tam Spider - Dunia Batin Ku

Selalu ku bayangkan bagaimanakah
Agaknya rasa di tempat mu
Di samping kekasih yang membelai
Hati dan perasaanmu oh kawanku

Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsia ku
Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak di dunia batinku

(Korus)
Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang luka
Zahir kau lihat hanya antara lapis
Mataku sinar bergenang tangis

Memang nasib bercinta
Kerap terhenti di simpang hidup, rindu dan cahaya
Kekasih yang setia
Kekasih yang amat sempurna cintanya

Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak di dunia batinku

(Ulang korus 4x)

Demi cinta…
Yang benar…