December 3, 2007

Elyana - Kalis Rindu

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong dan tong golek ke kaki
Membelah sunyiku

Menonton bayang wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Beerti tanpamu

(Bridge)
Babak penantian
Satu ujian
Sekuat mana cinta

(Korus)
Ku tak mungkin
Kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada bersamaku
Pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah au…

Berdiri ditingkap merenung ke luar
Lihat kekasih ku yang basah berjalan dalam hujan
Beserta senyuman
Lama ku nantikan

(Ulang bridge & korus)

Sekian detikan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi rakaman yang berharga
Tak terharga yang berharga

June 27, 2007

Elyana - Kau Atau Aku

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua

Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

(Korus)
Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu

Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu

(Ulang korus)

Tawa-tawaku
Memulanya dulu

Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu

(Ulang korus)

June 2, 2006

Elyana - Missed Call

Benci aku benci sekali
Tiap kali telefon berbunyi
Benci aku dah memang benci
Pasti kau buat missed call lagi

Tak tahu ku tak tahu
Kenapa kau bersikap begitu
Tak tahu sungguh ku tak tahu
Tak ku tahu

(Korus)
Kau kata kau rindu kan suara
Ku tutur kataku halus madahku dan indah ayatku
Tapi setiap kali kau telefon aku
Tak boleh lama kau kata
Kreditmu sudah tak ada lagi

Pasti aku pasti sekali
Deringnya sekejap berbunyi
Pasti aku pasti sekali
Kredit tak pernah mencukupi

Tak mungkin oh tak mungkin
Itu terjadi kepadku
Walau apapun alasanmu
Kepadaku…

(Ulang korus)

Kreditmu telah habis
Disini saja denganmu

Benci aku benci sekali
Tiap kali telefon berbunyi
Benci aku dah memang benci
Pasti kau buat missed call lagi

(Ulang korus 2x)

Elyana - Pakai Kanta Cinta

Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram macam muram
Bagai ditirai pelangi

Orang yang tak kau kenal
Melemparkan senyuman lambaikan tangan

Cuba pakai kanta cinta
Harimu kan nampak tenang
Jalan hidup depan redup
Jelas tersusun terarah

(Bridge)
Orang kecil dan besar
Menghulurkan bantuan menyulam ihsan

(Korus)
Cuba pakai kanta cinta
Hatimu kan rasa senang
Cuba pakai kanta cintamu
Pasti kau kan puas hati

Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram wajah muram
Bagai ditirai pelangi

(Ulang bridge & korus 2x)

February 5, 2006

Elyana - Cahaya Gelita

Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 1)
Cinta umpama bayang datang dan menghilang
Menurut keadaan dan musim
Selalu saja berpihak pada yang dipuja
Tak menguntungkan mereka yang setia

Sehelai daun sehelai
Lembaran haru ku gugur
Di mamah gerhana yang singgah

Terpaksa pujuk hati
Menahan bisikan dusta
Gelita katakan cahaya

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 2)
Cinta umpama cahaya sinaran rembulan
Menurut cepat lambatnya malam
Selalu sahaja berpihak pada yang dipuja
Tak pernah menguntungkan mereka setia

(Ulang korus 1 & 2)

Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah

Submitted by : Mizz Leli

January 22, 2006

Elyana - Andai Milik Kita

Selamanya atau seketika
Abadikah cinta
Dalam hati kita
Mengapakah persoalan itu
Sering kau hulurkan
Kepadaku

Hentikanlah segala paksaan
Muktamadkan cinta
Sebelum waktunya
Cinta itu andai milik kita
Pastikan bersama
Keakhirnya

(Korus)
Biarkan pasiran waktu berserakkan
Biarkan sinar itu terpancar sendiri
Oh biarkan perubahan mendamai hati
Peralihan jiwa nan pasti
Getaran abadi

Hentikanlah segala paksaan
Muktamadkan cinta
Sebelum waktunya
Cinta itu andai milik kita
Pastikan bersama
Keakhirnya

(Ulang korus)

Lemparkan kesangsian itu ke sisi
Relakan pengharapan menjejak ke bumi
Oh teguhkan kejujuran tidak bertepi
Keikhlasan harum mewangi
Perjalanan ini
Perjalanan ini…

Elyana - Di Atas Medan Kasih

Lewat ini perasaan ku
Senang terganggu senang terusik
Hingga membuat diri ku sangsi
Pada kata kata cintamu

Lewat ini perasaan ku
Sukar dikawal sukar di kerah
Hingga membuat hari ku sepi
Biar masih ada kau sini

(Bridge)
Bunga ku mekar terjadi hutan
Kerana dingin hujan panas matahari
Bunga mekar kerana rindu
Terjalin antara hangat sinar kehidupan

(Korus)
Begitu jiwa
Sebelum mekar pelukan pasti
Tanpa berkias
Sebelum sanubari yang hampa
Menyapa sunyi
Antara kita harus bermesra
Sejujur mungkin
Bersahut zahir batin
Di atas medan kasih

(Ulang bridge & korus)

Lewat ini aku sedari
Bunga ku mekar terjadi hutan
Kerana dingin hujan panas matahari
Bunga mekar kerana kasih
Terjalin antara hangat sinar kehidupan…

January 20, 2006

Elyana - Diri Ku Tapak Sulaiman

Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut
Rindu kan hidup

Bagaikan diri ku bintang berkelip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindu kan malam
Rindu kan teman

Bacalah kekasih
Bicara mata ini…

(Korus)
Rindu tersimpan dalam sanubari
(Rindu yang lama tersimpan dalam sangkar sanubari)
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah pada mu
Pabila kau bersedia

Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut
Rindu kan hidup

Seperti insan
Yang punya kekasih…

Elyana - Tak Tercapai Akal Mu

Ku congak apa yang di depan ku
Sebelum atur langkah
Ku tahu kan ke mana

Tak mudah aku kan diperdaya
Dengan pujuk dan rayu
Hasut ku ke dunia mu

Sesungguhnya ku
Lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Slalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit guntur
Yang menghempap diri ku
Tidak gentarkan tatasusila ku
Yang menggambarkan siapa diri ku

Biarlah bergoncang
Bumi di telapak kaki ku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu

Jangan ku kau sasarkan
Sebagai mangsa
yang kau sang mudah di rebah
Santun ku bukannya ku lemah

Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah

Sesungguhnya ku
Lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Slalu difikirkan dulu

Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu

Biar berdentum langit guntur
Yang menghempap diri ku
Tidak gentarkan tatasusila ku
Yang menggambarkan siapa diri ku

Biar bergoncang
Bumi di telapak kaki ku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu

Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai di akal mu