January 20, 2006

Adibah Noor - Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

29 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://kotaklirik.blogsome.com/2006/01/20/adibah-noor-terlalu-istimewa/trackback/

  1. …best btol lagu nie…byk kali mainkan lagu nie pon x boring..n tahniah adibah..u punyer video clips bagus n berquality..

    Comment by -nyza- — March 1, 2006 @ 1:02 pm

  2. tahniah kpd kak adibah! lg ni memang best,lirik die sggh menyentuh perasaan …!!!! congratulation!!!!!

    Comment by -ros- — April 4, 2006 @ 4:58 am

  3. vokal mantap!

    Comment by c-da — April 17, 2006 @ 5:17 pm

  4. tahniah bt kak adibah.suarumu sememangnya merdu dan boleh menyentuh perasaan.saya suke tone lagu.sedih and terharu. tahniah sekali lagi.semoga lagu ini sentiasa popular di kalangan rakyat malaysia.insya-allah.

    Comment by LIYA — April 19, 2006 @ 6:05 am

  5. tahniah kak adibah,
    lagu kemundang habis kat corong radio
    tahniah!!!!!!

    Comment by ore klate — April 22, 2006 @ 1:13 pm

  6. masa 1st ime dgr lagu ni saya tertanya2 siapa penyanyi nya.. puas juga saya mencari.. akhirnya ketemu juga penyanyi nya.. saya terus mencari album ini.. lagu ni memang sedap dan ada kelas..

    Comment by Terlalu istimewa — April 26, 2006 @ 12:55 pm

  7. kak adibah memang mempunyai suara yang merdu dan lagu ni liriknya menyentuh jiwa.bagi saya lagu ni ada ‘ruh dan jiwa’.susah nak mencari penyanyi macam ni

    Comment by sang awana — May 2, 2006 @ 1:13 pm

  8. SEGALA rahsia, bukan SEKADAR rahsia ;) anyway, keep up the nice work *thumb_up*

    Comment by Anonymous — May 4, 2006 @ 8:35 pm

  9. lagu best…sedey dengar lagu ni….balak dia pergi dulu kan…waaaa…sedey!!

    Comment by ZAZA — May 10, 2006 @ 8:37 am

  10. Sedih dgr lagu ni..sb anak kawan sy 2 thn lps meninggal menderita sakit hati bengkak…namanya Aufa Ainul Dania Nordin.Ada keluar berita kat tv..moga Kawan sy tu tabah…Al-Fatihah..(dia x bleh dgr lagu ni..sedih katanya)

    Comment by Apai.. — May 29, 2006 @ 8:32 pm

  11. wassup kak adibah…wow congratulation for the new album…it’s nice to be hear tat songs…actually kak adibah has a gu vocal…lebih baik daripada penyanyi2 lain…i respect her because she used her own money to produced these album…good effort…not like other artist…they really bergantung ngan orang yang sponsored…wateva….be the best kak adibah…

    Comment by planetshakers — October 15, 2006 @ 5:20 pm

  12. sangat sedih..i suka lagu ni,bila i dengar lagu ni i rasa sanagt selesa dan terharu bila terfikir sesuatu terutama kekasih ku…….anyway,good song

    Comment by michael jackson — January 13, 2007 @ 3:47 pm

  13. lagu ni betul2 menusuk kalbu…well,lagu2 cam ni la yang best seba lain dari yang lain,walaupun tentang cinta,tapi bukan hanya pada kekasih sebab lagu ni tuk seorang kanak2….

    Comment by sila — January 14, 2007 @ 7:30 pm

  14. Lagu ni mmg sedih..ianya ada berkaitan dgn 2 org sepupu saya yg telah meninggal dunia tahun lepas..kami pun tidak tahu apa puncanya..mereka mempunyai 4 org adik beradik..so skrg tinggal 2 org saja..pertama sekali anak yg ke 3 meninggal dunia berusia 5 tahun yg ketika itu sedang bersekolah tadika..then tidak sampai 100 hari anak yg ke 3 meninggal dunia, menyusuli pulak anak yg ke 2..yg berusia 7 tahun…semua family sedih atas kehilangan mereka berdua..semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat mereka berdua…Amin….

    Comment by naNAzib — January 28, 2007 @ 12:12 am

  15. Lagu dan tema sangat hebat dan sesuai dengan keunikan suara Adibah.Menyentuh hati. Tahniah untuk Azlan Abu Hassan dan Adibah.

    Comment by HAR — March 21, 2007 @ 1:57 pm

  16. lagu nie mmg best glr2!!!!!!!smpaikan ank buah aku pn lncr lgu nie..tahnia adibah noor!!!!!

    Comment by gadis leo — March 30, 2007 @ 4:20 pm

  17. hope lagu ni menang dlm hits1 nti!!

    Comment by miezs — April 24, 2007 @ 11:13 am

  18. Thnks kak Dibah….
    tersentuh spai hulu hati, menyedarkan kita betapa kasih sesama kita, si kecil yg tak bmaya & tiada mampu meluahkan pilu d hati…..
    TABIK!!!!!! Kak Bibah…
    penghayatan yg baik dari akak…

    Comment by manisha — May 19, 2007 @ 6:49 pm

  19. …best btol lagu nie…byk kali mainkan lagu nie pon x boring..n tahniah adibah..u punyer video clips bagus n berquality..wassup kak adibah…wow congratulation for the new album…it’s nice to be hear tat songs…actually kak adibah has a gu vocal…lebih baik daripada penyanyi2 lain…i respect her because she used her own money to produced these album…good effort…not like other artist…they really bergantung ngan orang yang sponsored…wateva….be the best kak adibah…

    Comment by amirul — May 29, 2007 @ 2:10 am

  20. i love it so much tahniah kak Adibah

    Comment by Sweetgirl — July 12, 2007 @ 7:19 pm

  21. best lagu ni.relax je.dan bukan itu saje lagu ni istemewa untuk kanak-kanak yang dah meninggal dunia.

    Comment by zareenda — July 18, 2007 @ 8:48 pm

  22. lagu terlalu istimewa nie…btol2 wat aku terharu…

    Comment by roy — November 6, 2007 @ 5:36 pm

  23. WOW!!! sebuah lagu yang indah dan mempunyai seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang cukup mantap..taniah buat kak adibah nor.lagu ini memang merupakan sebuah lagu yang aamat bermutu..penghayatan terhadap lagu ini oleh kak adibah sememangnya boleh membuatkan para pendengar kagum.taniah kak adibah….u will alway my idol…!!

    Comment by Rinz — April 16, 2008 @ 1:56 pm

  24. lagu ni membawa makna yang bahagia kalau tidak ada lagu ini saya x akan menyayangi adik2x saya yg lain

    Comment by yusazrin melaka — November 5, 2008 @ 7:36 pm

  25. lagi pun ini lagu kesukaan saya.jangan mengalah kepada dato’ siti nurhaliza adibah noor walaupun saya baru umur 10 thn

    Comment by yusazrin melaka — November 5, 2008 @ 7:38 pm

  26. assalamualaikum kak adibah.gempak gile la akak pnye suara.keep it up.luv ur 4ever.go kak dibah

    Comment by eryana afifi — March 6, 2009 @ 7:05 pm

  27. salam kak dibah yang meletup gitu.lagu nie memg bez giler la.rasenye lagu nie tak beri saya rase jemu la.harap kak dibah akan bwk lagu nie kalo wat konsert kat mane2

    Comment by cute gurls — March 6, 2009 @ 7:09 pm

  28. lagu ni benar-benar buat saya terharu,setiap kali saya dengar lagu ni,saya akan terfikirkan arwah anak saya yang baru sahaja meninggalkan saya dan isteri saya buat selamanya beberapa minggu yang lepas,terima kasih pada penyanyi,pencipta lagu dan lirik “terlalu istimewa” ini,saya akan sentiasa mengingati lagu ini sehingga ke akhir hayat.

    Comment by abdul hafiz — July 12, 2009 @ 12:21 pm

  29. salam, thanks for this song.. so touching… it’s remind me to my lovely daughter.. who passed away november 2007, and she died when she still in my body.. well GOD love her more.. i will eccept my fate.. but thanks to GOD for given me an experience having her in my body.. rest in peace nuraishah.. ofcourse mama will always love you..

    Comment by mama — August 21, 2009 @ 11:52 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>